Thursday, April 2, 2020

ADAB DALAM PERKHIDMATAN PELANGGAN








MPU23072-PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM



PENDAHULUAN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Kami pelajar daripada Politeknik Muadzam Shah,Pahang ingin berkongsi serba sedikit tentang adab dalam perkhidmatan pelanggan.Adab sangat penting dalam kehidupan seharian kerana ia adalah satu adat kebiasaan yang dianggap sebagai model atau ikutan.Mari kita kenal lebih lanjut tentang adab dalam perkhidmatan pelanggan.


ADAB DALAM PERKHIDMATAN PELANGGAN

Definisi Adab Ia berasal daripada istilah bahasa Arab yang berarti adat kebiasaan. Kata ini menunjukkan kepada suatu kebiasaan, etiket atau pola tingkah laku yang dianggap sebagai model atau ikutan. Selama dua abad pertama setelah kemunculan Islam, istilah adab membawa implikasi makna etika dan sosial. Adab dalam pengertian ini sama dengan kata-kata.


ADAB TERHADAP PELANGGAN DAN TETAMU

Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu Seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Kiamat akan memuliakan tetamunya sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud:

"Baragsiapa beriman dengan Allah dan akhirat maka hendaklah berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak hendaklah berdiam sahaja. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu". (Riwayat Bukhari & Muslim)

 Hadis di atas menjelaskan bahawa memuliakan tetamu adalah perkara yang terakhir dihuraikan selepas dua perkara pertama iaitu berkata yang baik atau diam dan memuliakan jiran. Ketiga-tiga perkara tersebut saling berkait dalam membentuk kesempurnaan Islam sebagai cara hidup.

Definisi tetamu: Tetamu ialah sesiapa saja yang datang dan menempati rumah saudaranya (yang didatangi), sama ada mereka itu terdiri dari keluarga atau orang asing, mereka datang dari luar atau berada di dalam satu kampung (balad). Mereka yang mendapat layanan itu disebut juga sebagai pengunjung, pelancong, pelawat, penziarah, pelanggan atau dif.(Abd Aziz Harjin:2012)

ANTARA ADAB MERAIKAN TETAMU YANG DIAJAR OLEH ISLAM IALAH:

1.MEMBERI SALAM KEPADA TETAMU

RASULULLAH SAW BERSABDA:

  1. Dari Abu Umamah berkata, Rasulullah SAW ditanya, Wahai Rasulullah; apabila dua orang bertemu siapakah di antara mereka yang mendahului salam? Baginda bersabda:Orang yang lebih dekat terhadap (rahmat) Allah itulah orang memulai salam. (Hadith Riwayatkan al-Tirmidzi & Ista’dhan)
2.BERJABAT TANGAN

RASULULLAH SAW BERSABDA:

Dua orang Muslim yang bertemu lalu mereka berjabat tangan, maka Allah mengampuni keduanya sebelum mereka berpisah) (Hadis Riwayat Ahmad Ibn Hambal)

Anjuran berjabat tangan dalam hadis di atas adalah merujuk kepada kaum sejenis sahaja. Perkara ini telah ditegaskan oleh RASULULLAH SAW DALAM HADISNYA YANG BERMAKSUD:

Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan orang-orang perempuan.(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasa’i & Ibn Majah)

3.BANGUN UNTUK  MENDAPATKAN TETAMU

Maksud bangun ialah pergi ke arah tetamu untuk menjemput kehadiran mereka. Jika seseorang itu berdiri sebagai menghormati kedatangan tetamu seperti meraikan orang kenamaan, maka hal ini adalah dilarang oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW pernah menegah para sahabat bangun bagi menghormati kedatangannya. Ini kerana tindakan tersebut adalah budaya orang ‘ajam (bukan arab) yang bangun untuk menghormati antara satu sama lain sedangkan Islam tidak mengajar penganutnya supaya membesar-besarkan antara satu sama lain.

SABDA BAGINDA DARIPADA ABU UMAMAH R.A KATANYA:

 "Rasulullah SAW telah keluar untuk menemui kami dengan bertongkat, lalu kami bangun untuk menyambutnya. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu bangun sebagaimana orang-orang ‘ajam membesar-besarkan antara satu sama lain".(Hadith Riwayat Ibn Jarir)

Terdapat dalam masyarakat kini yang masih menghormati tetamunya dengan membongkokkan badan mereka. Keadaan ini juga ditegah dalam Islam.

RASULULLAH SAW BERSABDA:DARI ANAS R.A KATANYA:

"Ada seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk menghormatinya itu". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh." Orang itu bertanya lagi: "Apakah boleh ia merangkulnya dan mencium tubuhnya?" Beliau SAW menjawab: "Tidak boleh. (Hadith Riwayat al-Tirmidzi)

4.LARANGAN MENCIUM ATAU MEMELUK

RASULULLAH SAW BERSABDA:

DARI ANAS R.A KATANYA:"Ada seorang lelaki bertanya: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk menghormatinya itu". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak boleh." Orang itu bertanya lagi: "Apakah boleh ia merangkulnya dan mencium tubuhnya?" Beliau SAW menjawab: "Tidak boleh." Orang itu berkata lagi: "Apakah boleh ia mengambil tangan saudara atau sahabatnya itu lalu berjabat tangan dengannya?" Beliau SAW menjawab: "Ya, boleh." (Hadith Riwayat al-Tirmidzi)

 Namun begitu, adalah diharuskan memeluk tetamu sekiranya tetamu yang datang itu adalah saudara terdekat, sudah lama tidak bertemu atau baru pulang dari musafir.PERKARA INI DICERITAKAN OLEH SAIDATINA AISYAH A.HA KATANYA:

 “Zaid bin Harithah datang di Madinah dan beliau SAW sedang ada dalam rumahku. Zaid mendatanginya lalu mengetuk pintu, kemudian Nabi SAW berdiri untuk menyambutnya (kerana Zaid baru datang dari berpergian) lalu beliau SAW menarik bajunya terus merangkul serta menciumnya.” (Hadith Riwayat al-Tirmidzi)

5.MELAYAN TETAMU DENGAN WAJAH YANG CERIA,MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG BAIK KSERTA MEMPERSILAKAN TEMPAT DUDUK

Menjadi tanggungjawab tuan rumah untuk melayani tetamu dengan menuturkan kata-kata dan menunjukkan tingkah laku sopan seperti menguasai bahasa tetamu,menuturkan kata-kata dengan jelas,tidak berbisik-bisik,bercakap sesuatu yang baik,tidak meniggi diri,bersabar menghadapi kerenah tetamu,kita ketawa berlebihan dan sebagainya.

6.MENYAMPAIKAN MAKLUMAT YANG BENAR

 Segala jawapan yang diberikan oleh tuan rumah hendaklah sentiasa menepati keadaan yang sebenarnya. Islam melarang menyatakan sesuatu itu secara rambang, sebaliknya hendaklah memberi maklumat itu berdasarkan jawapan betul dan tepat.

FIRMAN ALLAH SWT:
 ‫َ أ َ أ َ َ ِ ِأ‬ ‫َأ‬ َ َ ُ‫و ًَل تَقفُ ما لَيس لَك بِه علم إِنَّ السمع والبَصر والفُؤَاد كل أُولَئِك كانَ عنه‬ ُّ ُ َ ‫َّ أ َ َ أ َ َ َ أ‬ ‫َ أ ا‬ ‫مسئُوًل

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah al-Isra’ : 36)

7.SENTIASA MEMELIHARA AURAT DAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Tuan rumah sewajarnya memakai pakaian yang tidak mendedahkan aurat mereka menurut syarak. Selain itu, memakai pakaian yang bersih dan sederhana yang tidak melambangkan ciri-ciri kesombongan atau riya’ seperti memakai hiasan yang berlebihan.

8.TIDAK MEMAKSA TETAMU HABISKAN MAKANAN

Rasulullah SAW tidak pernah mendesak tetamunya menghabiskan makanan, sebaliknya baginda menyediakan makan yang sederhana untuk tetamunya. Sekiranya tetamu masih memerlukan makanan tambahan, baginda akan melayan dengan sopan. Hal ini disebut dalam hadis baginda yang bermaksud:

DIRIWAYATKAN DARIPADA AISYAH R.HA ISTERI BAGINDA SAW KATANYA:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia suka akan kelembutan. Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

9.MENYEDIAKAN MAKAN BERKUALITI KEPADA TETAMU

 Makanan yang dihidangkan biarlah berkualiti dan menyenangkan semua pihak untuk menjamahnya, dengan ini terlaksanalah hospitaliti Islam dalam Islam 

10.MENGIRINGI KETIKA PULANG

Adalah menjadi budaya bagi Rasulullah SAW dengan mengiringi tetamu dan membuka pintu untuk tetamu ketika mereka hendak pulang. Pertemuan diakhiri dengan berjabat tangan dan mengucapkan salam. Jika tetamu itu ingin berjalan jauh, tuan rumah dibenarkan memeluknya dan mengucup pada dahinya sebagai hadiah yang terakhir untuk mereka berjalan pulang. Begitulah jika tetamu itu terdiri daripada ibu bapa atau anak sendiri, sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka digalakkan memeluk.


ADAB BERTAMU

1.Memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk rumah penginapan
2.Tidak melakukan perkara yang menyinggung perasaan tuan rumah
3. Berkunjung pada waktu yang sesuai
4.Bersalaman dan berjabat tangan dengan tuan rumah
5.Mengunjungi rumah kawan dengan niat yang baik dan ikhlas
6.Menghormati tuan rumah dalam semua perkara

PENUTUP

Akhir kata,Ini sahaja yang dapat kami kongsikan tentang adab dalam perkhidmatan pelanggan.semoga perkongsian yang kami berikan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri dan juga dimaanfaatkan oleh keluarga dan rakan.tidak lupa kami juga ingin berterima kasih kepada ustaz kami iaitu ustaz mohd firdous bin mohd halin yang banyak membantu kami dalam tugasan membuat blog ini. sekian daripada kami,terima kasih.blog ini dihasilkan oleh:

(DARIPADA KELAS DUP2B)
SYAFIQAH NASUHA BINTI SAHARUDDIN
19DUP19F1060
AIN HAZIRAH BINTI SHAZRUL IZWAN
19DUP19F1076
SITI ATIQAH AYUNI BINTI NOR AZMAN
19DUP19F1070
WAN NUR ATHIRAH BIN WAN MOHD AZLI 
19DUP19F1022
NORDALILA QISTINA BT ABDUL RAHMAN
19DUP19F1010

DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ MOHD FIRDOUS BIN MOHD HALIN




SOALAN

1.BERIKAN DUA ADAB MERAIKAN TETAMU DALAM ISLAM
a.
b.

2.SEMUA PERNYATAAN DIBAWAH ADALAH ADAB BERTAMU KECUALI
A.BERKUNJUNG BILA-BILA MASA
B.BERSALAMAN DAN BERJABAT TANGAN DENGAN TUAN RUMAH
C.MENGHORMATI TUAN RUMAH DALAM SEMUA PERKARA
D.MEMBERI SALAM TERLEBIH DAHULU SEBELUM MASUK RUMAH PENGINAPAN

3.DEFINISI ADAB BERASAL DARIPADA ISTILAH ARAB IAITU
A.RUMAH TANGGA
B.SUKA RELA
C.ADAT KEBIASAAN
D.TETAMU

16 comments:

  1. Jawapan
    1.-SENTIASA MEMELIHARA AURAT
    -TIDAK MEMAKSA TETAMU HABISKAN MAKANAN
    2.A
    3.C

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jawapan awak tu..terima kasih kerana menjawab :))

      Delete
  2. No 1
    -mengiringi ketika pulang
    -menyediakan makanan berkualiti kepada tetamu
    No 2
    A
    No 3
    C

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan awak semua betul :)) terima kasih kerana menjawab.

      Delete
  3. SYAFIQAH NASUHA BINTI SAHARUDDIN
    19DUP19F1060
    AIN HAZIRAH BINTI SHAZRUL IZWAN
    19DUP19F1076
    SITI ATIQAH AYUNI BINTI NOR AZMAN
    19DUP19F1070
    WAN NUR ATHIRAH BIN WAN MOHD AZLI
    19DUP19F1022
    NORDALILA QISTINA BT ABDUL RAHMAN
    19DUP19F1010

    ReplyDelete
  4. 1.memberi salam kepada tetamu
    .berjabat tangan

    2.A
    3.C

    ReplyDelete
  5. 1.-SENTIASA MEMELIHARA AURAT
    -TIDAK MEMAKSA TETAMU HABISKAN MAKANAN
    2.A
    3.C

    ReplyDelete
  6. 1.memberi salam kepada tetamu
    2.A
    3.C

    ReplyDelete
  7. 1.- Memberi salam kepada tetamu
    - Berjabat tangan
    2. A
    3. C

    ReplyDelete
  8. 1. memberi salam kepada tetamu
    2. A
    3. C

    ReplyDelete
  9. 1.memberi salam kepada tetamu
    2.A
    3.C

    ReplyDelete
  10. 1.memberi Salam kepada tetamu
    2.A
    3.C

    ReplyDelete
  11. 1.memberi salam kepada tetamu
    2.A
    3.c

    ReplyDelete
  12. 1. * Memberi salam
    * Menyediakan minumanan
    2. A
    3. C

    ReplyDelete
  13. 1.- Menyampaikan maklumat yang benar
    - sentiasa memelihara aurat dan
    menjaga kebersihan

    2. A

    3. C

    ReplyDelete
  14. 1.-memberi salam
    -berjabat tangan
    2.A
    3.C

    ReplyDelete